Rempah Ratus Kehidupan yang sungguh menyentuh kalbu minggu lepas.
Datang seorang bapa ke pejabat menceritakan hal yang sebenarnya berlaku kepada anak beliau. Beliau menceritakan kepahitan hidup dengan isteri barunya, selama 23 tahun hidup bersama tetapi tidak pernah mengecap kehidupan sebagai seorang suami. Namun demi anak-anak beliau tidak sanggup melepaskan isteri tersebut.
Anak beliau begitu mengasihi ayahnya, dari raut wajahnya terpancar kasih sayang kepada ayahnya. Beliau lantas berkata,: " saya tidak takut apa orang lain kata kepada saya, kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Selama ini kami adik beradik mampu belajar hingga ke menara gading adalah kerana ayah yang bertindak sebagai ibu dan ayah. Dengan kasih sayangnya kami adik beradik bertahan sehingga sekarang''
Masih ada lagi kah sang isteri seperti itu???
No comments:
Post a Comment