Friday, July 30, 2010

30/31 July 2010

pukul 9.30 malam terima perkhabaran kawan bekas pejabat lama meninggal dunia. Innalillahiwainnaillahirojiun. Kepada Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Masa kita belum tahu lagi.

Alhamdullillah ramai kakitangan pejabat yang datang, membantu dari awal sampai akhir. Masa kita belum tahu lagi. Semoga Allah memudahkan urusan pengebumian bila tiba masa aku nanti.

"Dan barangsiapa bergantung selain daripada Allah, baik pada harta benda, anak pinak, kedudukan atau pekerjaan tertentu, maka Allah akan jadikanorang itu sangat cenderung pada itu semua. Dan inilah juseru akan menjadi penyebab kesengsaraan, azab dan kecelakaan". Al-Tahzan jilid 2.

Monday, July 26, 2010

26 July 2010

Apakata mlm ni kita beramal…byk fadilatnya :-

Inilah kelebihan yang Allah s.w.t. turunkan pada malam nisfu sya'ban yang Mulia. Sepatutnya kita bersedia untuk menyambut malam tersebut dengan amalan soleh, tingalkan segala aktiviti-aktiviti malam dengan radio, tv, astro mahupun internet, kalau kita kaji sepanjang hidup kita dalam masa setahun ini tidak pernah lekang diwaktu malamnya dengan menonton TV, Astro ataupun Internet. Apalah salahnya pada malam Nisfu Sya'ban ini kita tinggalkan aktiviti biasa kepada aktiviti mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Kerana pada malam yang penuh berkat ini, kalau kita tidak ambil peluang yang keemasan kita akan rugi buat selama-lamanya. Sebab malam tersebut Allah s.w.t. telah membuka 300 pintu daripada pintu-pintu rahmat dan kelapan-lapan pintu syurga akan terbuka sampai waktu subuh.

Pada malam ini Allah s.w.t. telah membuka 300 pintu daripada pintu-pintu Rahmat Allah s.w.t. Allah s.w.t. mengampunkan dosa hamba-hambanya kecuali yang menyekutukan Alah dengan sesuatu, Begitu juga hamba-hambanya yang bermain sihir, tukang telek, orang yang suka minum arak, orang yang berkecimpung dengan aktiviti Riba dan zina. Sesungguhnya mereka tidak akan diampun dosa mereka kecuali mereka sudah bertaubat. Apabila sahaja masuk setiap 1/4 malam Jibril a.s. akan datang bertemu dengan Rasulullah pada malam Nisfu Sya'ban sebanyak empat kali. Lalu Jibril a.s. memerentahkan Rasulullah s.a.w. supaya mengarahkan muka Baginda mengadap ke langit. Lalu Rasulullah s.a.w. mengarahkan muka Baginda ke langit, Rasulullah melihat 8 pintu syurga terbuka.



Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x 4. Berpuasa pada siangnya) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah: 1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan Antara kelebihan bulan Sya'aban: 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga. 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam
Wassalam.
24 July 2010

Sampai ke Sri Iskandar, Perak lebihkurang pukul 2 petang. Tunggu tuan rumah homestay yang selalu aku menginap. Hairan juga bila sampai ke rumah, si suami yang datang bersama anak perempuannya. Setelah membuka pintu bilik, si suami memberitahu.

" Kak Ma saya nak beritahu yang isteri saya telah tak ada, meninggal pada 20hb yang lalu" dengan sebak suami Allahyarham Jamiah berkata. Innalillah hi wa inna Illahirojiun.

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita pulang.

23 July 2010


Hantar anak balik ke UTP. Singgah bermalam kat Sungai Buluh dulu kerana tak dapat hadir kenduri doa selamat emak mertua adik suami yang akan menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadhan ini.
Malam ke Muara Klang makan seafood. Dalam perjalanan ke restoran tersebut terdapat banyak kereta parking kat tepi jalan, tapi tak nampak pulak ada kedai-kedai yang berdekatan. Ingatkan orang memancing kat tepi laut.. tapi kata adik, inilah kereta-kereta 'rosak'...MasyaAllah, rosaknya manusia sekarang.

Wednesday, July 21, 2010

21 Julai 2010

Menghadiri ceramah ustazah Nor Asni..Tamparan Wanita.
Senangnya wanita untuk masuk syurga:
Sembahyang lima waktu
berpuasa
menjaga suami dan keluarga...tapi dapatkah kita masuk ke mana2 syurgaNya?

Jadikanlah rumah itu madrasah... Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun sebaris ayat. Jadikanlah Allah itu tempat mengadu. Banyak terjadi kemurungan dikalangan wanita kerana suami kawin lagi, suami tidak mengambil berat dan sebagainya sampai sanggup nak buduh diri.

Walaupun wanita perlu taat kepada suami, tapi Allah adalah segala-galanya
20 Julai 2010

Hari ini cuti umum di tempatku, hari jadi Sultan. Ambik kesempatan melawat bapa saudara yang sakit bersama kakak-kakak ku.

Suasana di rumah pak saudara begitu nyaman, dalam kebun. Buah rambutan bergayutan menunggu untuk dikait, dan juga sebatang pokok durian yang boleh meluruhkan berpuluh biji durian. Menjadi musim buah tahun ini.

Rezeki kami, membawa pulang beberapa 'rajut' rambutan yang tak ada jual kat kedai dan 5,6 biji durian yang isinya begitu tebal tapi bijinya kecil.... puas makan.

Di kampung masih lagi terpelihara nilai2 tali persaudaraan, baru je sampai mak saudara terus cari lauk untuk masak tengahari untuk anak-anak saudaranya. Kalau kita orang datang masa suami sakit, nak buat air pun rasa malas.
19 Julai 2010

Tak terkejar rasanya hari ini menyiapkan kerja. Kedua-dua kerani telah berpindah ke tempat lain kerana ura2 tempat kerja dan optimise manpower. So, kita benarkan mereka mencari kerja lain... tak apa, sekarangkan semuanya kena multitasking...

  • 19 Julai 2010

    Observation hari ini mengenai manusia seringkali menjadikan perception atau andaian orang lain terhadap diri kita boleh mematahkan semangat atau jati diri kita. Kita tidak boleh menutup mulut orang dan andaian orang terhadap kita, sebaik mana diri kita, masih ada orang tidak menyukai diri kita. Selagi kita mendengar apa cemuhan orang terhadap kita, semakin itulah diri kita tidak akan maju.

  • Sekarang dalam pekerjaan, semuanya perlu menonjolkan diri sendiri tanpa perlu memijak orang lain.
  • Tak terkejar rasanya hari ini menyiapkan kerja. Kedua-dua kerani telah berpindah ke tempat lain kerana ura2 tempat kerja dan optimise manpower. So, kita benarkan mereka mencari kerja lain... tak apa, sekarangkan semuanya kena multitasking...
18 Julai 2010

Handling 'mock-up' persediaan untuk kakitangan teknikal sebelum mencapai menjadi kakitangan eksekutif. Sebenarnya ianya adalah persediaan untuk diri sendiri supaya lebih mahir berkomunikasi dengan 'adik-adik'.

Ilmu itu ada dimana-mana, cuma diri sendiri yang boleh tentukan, samada kita mahu atau tidak mahu. Jika kita tidak bersedia untuk memajukan diri, jadilah kita seperti yang sedia ada. Memajukan diri boleh samada dunia atau ukhrawi.

Sunday, July 18, 2010

17 July 2010

Joint tournament boling dikalangan anggota wanita. Begitu tidak bermaya hari ini dan score pun tidak menjadi seperti kebiasaannya...kenapa???

Begitulah manusia sekiranya tidak dapat konsentrasi dan juga sedikit komen dari suami agar tidak joint tournament itu menjadikan kita berasa tidak sedap hati dan tumpuan pada permainan pun tergugat. Sebagai isteri, keizinan suami adalah penting dan persefahaman antara satu sama lain akan mengeratkan lagi hubungan ini.
16 July 2010

Bermulanya semula penulisan akak dalam blog ini setelah hampir setengah tahun meninggalkannya dan juga telah lupa semua username dan juga passwordnya..

Terdapat 2 berita pada minggu ini mengenai bapa menyaman anak. Satu kes mengenai anak yang tidak lagi pulang ke rumah ibu bapa setelah 7 tahun berlalu dan meninggalkan anaknya dipelihara datuk/nenek tanpa sebarang nafkah walaupun si anak itu dikatakan bergaji 5 angka. Kes kedua mengenai anak yang mengurung bapanya kerana mahukan ayahnya menandatangani surat penjualan harta.

Ya Allah, jauhkanlah hamba-hambamu ini dari melakukan sedemikian rupa kepada ibu bapa kami. Tanpa mereka siapalah kami ini.