Saturday, November 13, 2010








14 Nov 2010:

2 hari lagi wuquf di Arafah. Esok jemaah haji telah bersiap2 menunggu bas yang akan membawa mereka ke Arafah. Perasaan berdebar..bagaimanakah rupanya Arafah.. inilah tempat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam yang mengerjakan haji sebagai salah satu rukunnya..di sinilah antara tempat yang paling mustajab doanyaa...

Manusia dengan pakaian putih membanjiri laluan ke Arafah.. tak semua jemaah haji menaiki kenderaan, ramai jemaah haji negara lain berjalan kaki..

Di sini manusia dihimpunkan dengan pakaian yang sama..tak ada lagi dato, tan sri..tun... semuanya sama..di sini juga Allah akan uji manusia ...namun sebagai jemaah yang telah telah diberi ilmu sebelum ke sini, banyakkanlah istighfar, bertahmid, semoga Allah tidak tunjukkan keabaikan kita kepada orang lainn...

Manisnya saat itu..

Ya Allah, lapangkanlah aku rezeki agar aku dapat lagi menjejaki Rumah Mu dan menjadi Tetamu Mu







Rempah Ratus Kehidupan yang sungguh menyentuh kalbu minggu lepas.


Datang seorang bapa ke pejabat menceritakan hal yang sebenarnya berlaku kepada anak beliau. Beliau menceritakan kepahitan hidup dengan isteri barunya, selama 23 tahun hidup bersama tetapi tidak pernah mengecap kehidupan sebagai seorang suami. Namun demi anak-anak beliau tidak sanggup melepaskan isteri tersebut.


Anak beliau begitu mengasihi ayahnya, dari raut wajahnya terpancar kasih sayang kepada ayahnya. Beliau lantas berkata,: " saya tidak takut apa orang lain kata kepada saya, kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Selama ini kami adik beradik mampu belajar hingga ke menara gading adalah kerana ayah yang bertindak sebagai ibu dan ayah. Dengan kasih sayangnya kami adik beradik bertahan sehingga sekarang''


Masih ada lagi kah sang isteri seperti itu???