Saturday, October 16, 2010


16 Okt 2010


Hari ni pergi tengok hubby join staff diving scuba .. ramai jugak yang join. Bagus aktiviti ni kerana dapat menikmati keindahan khazanah laut ciptaan Illahi.

Lepas hubby dah turun 'ke laut' ambik kesempatan melawat seorang waris yang suaminya dah lama sakit..Subhannallah..Maha Besar Allah.. adakah Allah ingin berikan si isteri ini pahala yang berganda kerana menjaga suami yang dah 3 tahun terlantar tanpa boleh bercakap dan bergerak..disamping si isteri juga tidak berapa sihat, tetapi demi suami beliau terpaksa melupakan 'ke tidak sihatnya' dan melupakan hobi lama pergi bercuti bersama adik beradik kerana tidak lagi boleh meninggalkan suaminyaa... Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment