Wednesday, October 20, 2010
20 Oct 2010
Respek dengan pekerja bawahan yang berani memberi feedback mengenai bossnya. Tetapi tidak respek dengan pekerja bawahan yang 'menyiasat' apa yang bossnya buat...(???)
Lagi tidak respek dengan orang-orang yang bercakap kebaikan tetapi rupa-rupanya dia sendiri tidak amalkannya.
Itulah rempah ratus kehidupan.
Ustaz Azhar kata, isteri wajib merelakan jika suami 'mahukannya' walau di atas motosikal... berfikir sejenak.atas motosikal?? macamana tu yeee
Sunday, October 17, 2010
My boss report duty today. Now he is my boss, previously he was my exboss.
Berjalan baliklah nampaknya acara bbq..salah satu cara mengeratkan tali siratul rahim sesama pekerja pejabat.
Wahh, hari ini tertarik kepada salah satu tingkah laku manusia yang tidak tahu bersyukurrr..memohon perkara yang bukan mudah untuk diberikan kepadanya begitu sahaja kerana ianya melibatkan orang lain.
Tersentuh juga hatiku, adakah beliau berbuat begitu hanya untuk 'buat havoc', atau sengaja berbuat begitu atau sengaja tidak faham setelah berkali2 kami memberitahunya.''tunggulah, kalau Allah beri rezeki adalah tu..''..
Saturday, October 16, 2010
16 Okt 2010
Hari ni pergi tengok hubby join staff diving scuba .. ramai jugak yang join. Bagus aktiviti ni kerana dapat menikmati keindahan khazanah laut ciptaan Illahi.
Lepas hubby dah turun 'ke laut' ambik kesempatan melawat seorang waris yang suaminya dah lama sakit..Subhannallah..Maha Besar Allah.. adakah Allah ingin berikan si isteri ini pahala yang berganda kerana menjaga suami yang dah 3 tahun terlantar tanpa boleh bercakap dan bergerak..disamping si isteri juga tidak berapa sihat, tetapi demi suami beliau terpaksa melupakan 'ke tidak sihatnya' dan melupakan hobi lama pergi bercuti bersama adik beradik kerana tidak lagi boleh meninggalkan suaminyaa... Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..Nauzubillah.
Friday, October 15, 2010
Dah lama tak update blog.. Hari ini macam banyak benda yang nak dikongsi hasil 'observation' rempah ratus kehidupan manusia.
1. ramai manusia yang menyebarkan keaiban orang lain kononnya nak berkongsi pendapat dengan orang lain
2. manusia yang pada mulanya kita begitu mengaguminya kerana sifat yang begitu tegas, 'result oriented', akhirnya memakan dirinya dan tidak lagi dikagumi kerana sebab wang atau kepentingan sendiri.
3. Begitu luluhnya hati apabila mendengar 'labai ka Lah Hum Ma Labaik'''dilaungkan namun masih ada hati-hati yang kering, mendengarnya tanpa rasa apa-apa. Begitulah diriku dahulu..mendengarnya dengan hati yang kosong.
Di Bawah adalah petikan dalam FB Haniza Adnan (terimakasih Haniza) untuk dikongsi bersama:
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)