Monday, August 9, 2010


Payung kat masjid Nabawi, kalau panas akan terbuka dan akan meneduhkan orang-orang yang bersembahyang dan melalui ruang legar masjid tersebut. Rindu sangat.

9 Aug 2010

Masuk ofis seperti biasa. Terpaksa mengejar lagi kerja-kerja yang terbengkalai dan kebanyakannya melibatkan orang lain- maksudnya kalau tak buat dengan segera akan jadi halangan kepada kenaikan pangkat orang, dan macam-macam lagilah.
'Awasilah dan kawallah nafsu amarahmu, kerana ianya adalah suruhan dari syaitan yang mahukan kamu berpecah belah. Orang yang jauh dengan Allah selalunya akan cepat panas baran, cepat tangannya untuk memukul. Jauhilah kita dengan sifat tersebut kerana ianya akan memporak perandakan hubungan kekeluargaan, kawan dan rumah tangga'.

Thursday, August 5, 2010


6 Aug 2010


Masih dihospital Pantai Ipoh.

Ramai betul kawan-kawan anak datang melawat semalam. Tapi mana kawan-kawan melayunye? Yang datang semuanya foreigners..dari Mesir,Turkmenistan, Iraq, Dubai,Thailand, Filipina, Iran, Euthopia, Chad...


Pukul 10 malam suruh anak start jalan-jalan sikit dalam bilik..nampak macam dah ok.


Hari ni doktor kata dah boleh keluar dan lusa InsyaAllah akan pulang ke Terengganu. Harap anak dapat manage diri sendiri tanpa aku.



''Kadang-kadang Allah kurniakan seseorang itu dengan aura yang tersendiri dimana apabila kita melihatnya secara automatik kita akan terasa sayang dan jatuh hati padanya..tak kiralah jatuh hati sebagai apa - kekasih, anak, adik, abang, kakak, ibu, bapa''.

Wednesday, August 4, 2010

5 Aug 2010

Di hospital Pantai Ipoh... apa nak buat ni..
hari ni buat resepilah:

Masak Tempoyak udang: (sekarang kan musim durian)

Bahan-bahan:
Udang hidup sekilo
cili padi RM 1(nak lebih pun boleh)
2 helai daun kunyit
2 batang serai
semangkuk tempoyak
sedikit kunyit hidup

Caranya:
Udang hidup dibuang kulit, bersihkan dan masuk dalam kuali.
Tumbuk cili api dan kunyit hidup sampai hancur. Masukan tempoyak
Daun kunyit dipotong halus, serai diketuk-ketuk.
Satukan semua dalam kuali, letak garam secukup rasa, air sikit. Kacau sampai
menggelegak.... dah boleh makan dengan nasi panas...umm sedapnyee.

'setiap masakan hendaklah dimasak bermula dengan bismillah dan kacau mengikut putaran lawan jam, seperti orang tawaf di kaabah, InsyaAllah rezeki diberkati, enak dan boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan',
3 Aug 2010

Belanja kawan-kawan baik lunch kat Secret Recipe. Inilah caranya kita memanjangkan dan mengekalkan silaturahim sesama kita.

Malam, kawan yang dirai pulak belanja kami dinner. Seronok sungguh.

Lebihkurang pukul 11 malam anak telefon dari UTP mengatakn sakit perut sangat sampai tak boleh bangun. Aku risau sangat.. minta dia telefon kawan hantar ke klinik. dalam pukul 12 mlm anak mengatakan doktor suspek ada appendix dan perlu buat pembedahan segera. Aku minta kawan dia bawak terus ke specialist kat Ipoh.
Pagi2 4hb travel terus ke Ipoh, risau jugak anak sorang-sorang.

"jadikanlah kawan-kawan itu sebagai saudara mara sendiri kerana sekiranya berlaku apa-apa musibah dan kita berada jauh dari keluarga, kawan-kawanlah pengganti keluarga kita. Berbaik sangkalah dengan mereka walaupun ada kata-kata mereka yang melukakan hati kita. Ingatlah kebaikan mereka, lupakan kelemahan mereka'.
1-2 Aug 2010

Bertungkus lumus menyiapkan kerja yang perlu meet deadline. Akhirnya siap jugak, terpaksa korban masa sampai 2-3 pagi menyiapkannya.

'Segala pekerjaan kalau dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah, InsyaAllah akan dapat ganjarannya lambat atau cepat, berbentuk wang ringgit atau sebaliknya'. Hanya Allah yang berkuasa menentukan selamanya.